Para pegawai masjid kita merupakan barisan hadapan kita. Mereka berdepan dengan ribuan jemaah setiap minggu. Apabila situasi COVID-19 bermula, mereka tampil untuk melakukan apa sahaja demi kebaikan dan keselamatan para jemaah.
Walau jemaah tidak dapat beriktikaf di masjid, kakitangan masjid telah mengubah cara mereka bertugas dan bertungkus-limus membawa perkhidmatan masjid ke jemaah melalui wadah dalam talian. Mereka tetap bekerja keras menjaga prasarana masjid di samping bersiap sedia bagi pembukaan semula kelak setelah bahaya wabak COVID-19 berkurangan.
Sokongilah kami dengan derma ikhlas anda.