Soalan Kerap Ditanya

DERMA

Bagaimanakah dana yang dikumpul OurMasjid.SG digunakan?

Kakitangan

Para pegawai masjid kita merupakan barisan hadapan kita. Baik pegawai dakwah (MRO), pegawai pembangunan sosial (SDO), imam, bilal atau noja, mereka berdepan dengan ribuan jemaah setiap minggu. Derma anda menyokong gaji mereka setiap bulan.

 Air/Utiliti

Digunakan jemaah untuk berwuduk dan kegunaan lain, air membentuk komponen terbesar bil utiliti masjid-masjid kita. Meskipun banyak yang telah kita lakukan untuk menggalak tabiat menjimat air, jumlah jemaah yang besar ke masjid-masjid kita bermakna penggunaan air kekal tinggi. Keadaan berhubung COVID-19 yang telah memaksa masjid-masjid untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang lebih kerap dan intensif juga telah menyebabkan masjid-masjid menampung kos yang lebih tinggi. Derma anda membantu masjid membiayai kos penggunaan air dan utiliti lain ini.

Operasi

Perlaksanaan operasi masjid kita memerlukan sekumpulan kakitangan yang berdedikasi bagi memastikan setiap ruangnya selesa untuk kegunaan semua jemaah yang mengikuti program-program kendaliannya. Semasa penutupan masjid ini, para pegawai masjid telah mengubah-suai operasi mereka dengan memanfaatkan wadah-wadah dalam talian bagi menyebarkan program keagaaman untuk para jemaah. Derma anda memastikan program-program tersebut mampu disokong dan para pegawai ini dapat dikekalkan untuk melakukan persiapan bagi pembukaan semula masjid kelak.

Bolehkah saya menderma ke masjid pilihan saya?

Boleh. Anda boleh pilih untuk menderma ke semua masjid (‘All Mosques in General’) atau masjid pilihan anda sekiranya anda menderma menerusi kad kredit atau eNETS.

Jika anda pilih untuk menderma secara berulang menerusi GIRO, anda juga boleh menetapkan masjid pilihan anda.

 

Sekiranya anda pilih untuk menderma menerusi PayNow, sumbangan anda akan disalurkan ke semua masjid (‘All Mosques in General’) secara automatik.

Bagaimanakah boleh saya mengubah/membatalkan derma berterusan saya?

Anda boleh mengubah/membatalkan derma berterusan anda dengan menekan pautan yang disediakan pada resit anda. Anda juga boleh menulis kepada [email protected] agar kami dapat membantu anda mengubah atau membatalkan derma berterusan anda.

Mengapakah penyata bank saya menunjukkan terdapat beberapa pemotongan dana dalam sehari apabila saya mendaftar bagi derma berulang setiap hari? Adakah terdapat sebarang kesilapan pada sistem?

Pemotongan dana dibuat secara automatik oleh wadah gerbang bayaran kami. Adakalanya terdapat situasi di mana wadah tersebut tidak membuat pemotongan dana pada hujung minggu dan akan memotong dua kali pada hari bekerja yang berikutnya, justeru timbul pemotongan dana berulang dalam sehari. Namun, kami beri jaminan bahawa jumlah pemotongan dana tidak akan melebihi apa yang telah anda daftarkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di [email protected] dan kami akan memberikan anda maklumat yang diinginkan.

Bolehkah saya mendapatkan pemotongan cukai bagi derma saya ke Ourmasjid.sg?

Buat masa ini, hanya sumbangan derma ke Institusi Bertaraf Awam (IPC) layak bagi pemotongan cukai. Memandangkan masjid-masjid kita bukan IPC, derma anda tidak layak bagi sebarang pemotongan cukai

MBMF

Apakah perbezaan derma ini dengan sumbangan MBMF?

Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) yang dipotong daripada gaji bulanan setiap pekerja Muslim digunakan untuk membina masjid-masjid baru dan menampung kos kerja-kerja peningkatan masjid.

Segala kos operasi masjid, termasuk gaji pegawai dan bil-bil utiliti masih bergantung pada derma ihsan masyarakat. Portal ini bertujuan mengisi keperluan tersebut menerusi wadah derma dalam talian. Semua derma anda menerusi portal ini akan disalurkan ke masjid-masjid setempat bagi memenuhi keperluan operasi mereka.

KESELAMATAN PEMBAYARAN

Adakah gerbang bayaran portal selamat?

Kami mengguna Stripe sebagai Gerbang Bayaran kami. Ia mematuhi PCI Peringkat 1. Ini merupakan peringkat pensijilan paling ketat yang terdapat dalam industri pembayaran kini.  Semua numbor kad juga disulitkan (encrypted) mengguna AES-256.

PERTANYAAN MENGENAI PEMBAYARAN

Bolehkah saya membuat pertanyaan mengenai derma saya?

Boleh. Anda boleh berbuat demikain menerusi saluran-saluran berikut:

(Beroperasi Isnin hingga Jumaat: 8.30 am – 5.30 pm. Ditutup pada Jumaat dari 12.30 pm – 2.30 pm dan pada Sabtu dan Ahad)

  • Tulis kepada kami dan kirimkan ke:

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)

Hab Islam Singapura

273 Braddell Road

Singapura 579702

Mengapakah tiada resit diberikan bagi derma saya?

Kami nasihatkan anda agar memeriksa inbox junk atau spam anda. Anda juga boleh menulis kepada [email protected] agar kami dapat membantu anda menyediakan resit.

Bagi derma menerusi PayNow, tiada resit akan diberikan. Pengesahan pindahan wang boleh digunakan sebagai bukti derma anda.

Apakah jumlah yuran transaksi yang dikenakan?

Bagi derma mengguna kad Kredit/Debit, yuran transaksi akan dikenakan wadah gerbang bayaran kami, iaitu Stripe. Setiap transaksi akan dikenakan yuran 3.4% + $0.50. Yuran tersebut akan dipotong dari setiap sumbangan derma menerusi kaedah ini sebelum ia disalurkan kepada masjid-masjid kita.

Comments are closed.